30 November 2008

Pencabar Anwar ingin sertai PKR

Datuk Arif Shah Omar Shah, pencabar tokoh utama PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh pada Ogos lalu, sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti itu.

Beliau berkata kini 30 peratus peluang beliau menyertai parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu selepas mendakwa diketepikan dengan serius oleh ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

"Saya harus berbincang dengan (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dahulu supaya beliau selesa (dengan kemungkinan beliau menyertai Pakatan Rakyat," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"(Pemimpin) PKR (negeri) mempelawa saya (menyertainya), mereka mengalu-alukan kehadiran saya tetapi ia bukan keputusan yang mudah, banyak perkara perlu difikirkan dan saya harus menyelesaikan satu per satu."

Mengulas sama ada pergeseran beliau dengan Abdul Jalil - yang mengekalkan jawatan ketua bahagian Umno pada Oktober lepas - dengan kepemimpinan atasan Umno, Arif Shah berkata beliau akan membawa perkara itu jika beliau ingin meninggalkan parti itu.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan Abdul Jalil telah menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Arif Shah menguasai DUN Seberang Jaya, dalam bahagian Permatang Pauh, selama dua penggal berturut-turut. Dua lagi DUN bawah parlimen itu masing-masing dikuasai PAS (Permatang Pasir) dan PKR (Penanti).

"Banyak perkara yang saya harus melalui beliau (Abdul Jalil) termasuk di kawasan DUN saya sendiri, saya tidak boleh bertemu dengan pemimpin-pemimpin cawangan," katanya.

"Bagi saya, jika orang memerlukan khidmat saya, tanpa mengira sama ada mereka Melayu, Cina atau India, saya mesti menolong mereka."

Ditanya sama ada PKR menawarkan sebarang jawatan, beliau berkata: "Perkara itu tidak penting, saya perlukan wadah untuk menyalurkan khidmat saya."

Arif Shah dilaporkan ditawarkan jawatan timbalan ketua menteri I yang kini dipegang oleh wakil rakyat Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin.

Beliau bagaimanapun berkata perlu masa untuk mengambil keputusan muktamad.

-MalaysiaKini,30112008

28 November 2008

Al-Faatihah!

Al-Fatihah kepada Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang meninggal dunia di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland kira-kira 6.30 petang tadi dan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau.

Pengalaman bersama Almarhum

Penulis pernah bersua muka dengan almarhum yang mana ketika itu diadakan Majlis Ramah Mesra bersama almarhum di Surau Asrama Darul Iman di Kaherah akhir 2007.Antara pesanan almarhum ketika itu yang sedikit sebanyak memberi peransang kepada penulis :
"Extraordinary Effort Can Make or Produce Extraordinary Result"

Penulis akui almarhum seorang yang berpengalaman dalam dunia pendidikan dan sedikit sebanyak kagum dengan almarhum dalam bidang ini,bukannya dalam bidang politik.Ini jelas ketika almarhum berucap dalam majlis ramah mesra tersebut lebih-lebih lagi almarhum lulusan Sarjana di Birmingham University,UK dan pernah mengajar di beberapa buah maktab perguruan serta menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.Cuma penulis agak terkilan apabila almarhum seolah-olah terlalu memandang tinggi institusi-institusi pendidikan di Barat sehingga penulis ketika itu terkeluar kata menyampuk ucapan almarhum :
" Universiti AlAzhar?(Bagaimana?)".
Mungkin rakan-rakan seperjuangan pun turut terkilan ketika itu.Almarhum dan kenamaan lain sepatutnya jangan lupa Universiti Al-Azhar adalah merupakan penyumbang yang besar dalam dunia umat Islam jika dibandingkan dengan institusi-institusi pendidikan lain.Sejarah telah membuktikan!

Penulis tidak berniat untuk menyalahkan almarhum seratus-peratus apatah lagi memburukkan almarhum.Harapan penulis dan rakan-rakan agar mereka yang kenamaan dan berkelulusan Barat terutamanya pimpinan UMNO wajib perbetulkan tanggapan yang salah ini.Kaji balik sejarah Islam yang lalu berkaitan dengan Al-Azhar ini dan hayatilah.Kalau nak mempersalahkan kami sebagai Azhariyyun ini kerana kami salah tak mengapa,tapi jangan nafikan kebenaran sejarah Al-Azhar dan sumbangannya sampai hari ini.

Walau bagaimanapun,penulis dan rakan-rakan doakan semoga roh beliau tergolong bersama roh-roh orang beriman dan semoga Allah mengampuni dosa-dosa beliau.Mudah-mudahan keluarga beliau juga turut tabah dan redha dengan kembalinya almarhum ke rahmatullah.Amin...

26 November 2008

قد كفاني علم ربي


قَدْ كَفَانِي عِلْمُ رَبِّي
Cukup bagiku pengetahuan Tuhanku
مِنْ سُؤَالِي وَاخْتِيَارِي

Daripada permintaan dan usahaku
فَدُعَـائِي وابْتِهـَالِي
Doa serta permohonanku
شَـاهِدٌ لِي بِافْتِقَارِي
Sebagai bukti pada kefakiranku
فَلِهَذَا السِّرِّ أَدْعُـو
Oleh kerana rahsia itu aku berdoa
فِي يَسَارِيْ وَعَسَارِي
Pada saat aku senang dan susah
أَنَا عَبْدٌ صَارَ فَخْرِي
Aku adalah hamba, menjadi kebanggaanku
ضِمْنَ فَقْرِي وَاضْطِرَارِي
Dalam kefakiran dan keperluanku

يَا إِلَـهِي وَمَلِيْـكِي
Wahai tuhanku yang memiliki aku
أنْتَ تَعْلَمُ كَيْفَ حَالِي
Kau Maha tahu akan keadaanku
وَبِمَا قَدْ حَـلَّ قَلْبِـي
Dan apa yang berada dalam hatiku
مِنْ هُمُوْمٍ وَاشْتِغَالِـي
Dari kesedihan dan kesibukanku
فَتَـدَارَكْنِي بِلُطْفٍ
Maka tolonglah aku dengan kelembutan
مِنْكَ يَا مَوْلَى الْمَوَالِي
Dari-Mu Wahai Tuhan seluruh hamba
يَا كَرِيْمَ الْوًَجْهِ غِثْنِي
Wahai yang Maha Pemurah tolonglah hamba
قَبْلَ أنْ يَفْنَى اصْطِبَارِي
Sebelum lenyap kesabaran hamba
يَا سَرِيْعَ الْغَوْثِ غَوْثًا
Wahai pemberi pertolongan dengan segera
مِنْكَ يُدْرِكْنَا سَرِيْعًا
Berilah kami dengan segera pertolongan-Mu
يَهْزِمُ الْعُسْرَ وَيَأْتِي
Yang dapat menghilangkan kesulitan dan dapat mendatangkan
بِالَّذِي نَرْجُو جَمِيْـعًا
Dengan apa-apa yang kami harapkan semua
يا قَرِيْـبًا يا مُجِيْـبًا
Wahai yang Maha dekat, dan menjawab
يا عَلِيْمًا يا سَمِيْـعًا
Wahai yang Maha mengetahui dan mendengar
قَدْ تَحَقَّقْتُ بِعَجْزِي
Aku mengaku akan kelemahanku
وخُضُوْعِي وانْكِسَارِي
Dan ketaatan serta kesedihanku
لَمْ أَزَلْ بِالْبَابِ وَاقِفْ
Aku sentiasa menunggu di hadapan pintu rahmat-Mu
فَارْحَمَنْ ربِّي وُقُوْفِي
Wahai Tuhanku berikanlah rahmat padaku
وبِوَادِي الْفَضْلِ عَاكِفْ
Pada lembah kurnia-Mu aku berada
فَأَدِمْ ربِّي عُكُـوْفِي
Wahai Tuhanku tetapkanlah keberadaanku disana
ولِحُسْنِ الظَّنِّ لاَزِم
Aku sentiasa mempunyai prasangka baik
فَهُوَ خِلِّي وحَلِيْفِي
Ia (prasangka baik) adalah teman dan kawanku
وأَنِيْسِي وجَلِيْسِي
Juga penyenang bagiku dan yang setia bersamaku
طُوْلَ لَيْلِي ونَهَارِي
Sepanjang malam dan siangku
حَاجَةً فِي النَّفْسِ يَا ربّ
Wahai Tuhanku, dalam jiwa ini terdapat hajat
فَاقْضِهَا يا خَيْرَ قَاضِي
Tunaikanlah Wahai yang Maha Menunaikan
وأَرِحْ سِرِّي وقَلْبِي
Tenteramkanlah rahsia dan hatiku
مِنْ لَظاَهَا والشُّوَاظِ
Dari kebimbangan dan pergolakannya
فَالْهَنَا والْبَسْطُ حَالِي
Sungguh aku akan berada dalam ketenteraman dan ketenangan
وشِعَارِي ودِثَارِي
Dan juga (ketenteraman dan ketenangan) menjadi pakaianku


-Qasidah Al-Imam Al-Haddad

Bagaimana untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mendapat kasih sayang dan keredaan-Nya?

1. Anda perlu mempelajari bagaimana mencari ganjaran pahala di sisi Allah

2. Anda perlu merancang kebahagiaan untuk hari akhirat anda sebagaimana anda merancang untuk kebahagiaan hidup di dunia

3. Anda perlu mengetahui apakah amalan yang paling baik, waktu dan masa yang paling sesuai serta pemberian yang paling baik untuk anda lakukan atau berikan kepada rakan-rakan dan keluarga anda

4. Anda perlu mengetahui apakah amalan yang paling utama dan ganjaran pahala yang paling besar serta cara memperolehinya.

5. Anda perlu mencari dan berdamping dengan orang yang sering melakukan kebaikan dan anda hendaklah membina hubungan baik bersama mereka, mengambil pengajaran dan manfaat dari mereka, bertanya mereka dan belajar dari mereka cara untuk mendekatkan diri kepada Allah sehingga anda dikasihi oleh Allah.

6. Anda perlu bersiap-siap dalam beramal dengan meminta panduan dari mereka yang suka beramal untuk akhirat sebagaimana ada bersiap-siap untuk dunia anda dengan meminta panduan dari seseorang untuk urusan dunia anda. Apabila anda sentiasa bertanya dan meminta panduan dari orang yang suka beramal dengan cara mengkaji dan mempelajari, semua itu akan memperelokkan amalan anda.

7. Anda perlu sentiasa mengadakan perubahan dalam hidup anda sebagaimana anda sentiasa menukar barang-barang keperluan hidup duniawi anda seperti perabot rumah anda, pakaian, set pinggan mangkuk dan sebagainya. Anda juga perlu mengubah niat dan meningkatkan amalan anda iaitu ubahkan niat kepada niat yang baik dan suci.

8. Anda perlu mengubah niat anda dan belajar bagaimana untuk mendapatkan ganjaran pahala dalam segala perbuatan samada kecil atau besar, semasa anda gembira dan marah, semasa anda tidur dan jaga, semasa anda makan, pergi dan pulang dan dalam segala amalan dan tindakan anda!

Sesuatu perbuatan yang dilakukan dalam kehidupan mesti berasaskan kepada niat dan tujuan perbuatan tersebut dilakukan. Seseorang yang melakukan urusan dunianya dan kebiasaan hariannya jika diniatkan perbuatan tersebut semata-mata untuk menunaikan hak dan kewajipan terhadap Allah SWT disamping untuk menunaikan kewajipan terhadap hidup dan dirinya sendiri, maka segala amalan yang menjadi rutin hidupnya itu akan menjadi ibadah dan mendapat pahala di sisi Allah. Ini termasuk urusan mencari rezeki, makan dan minum, rehat, tidur dan sebagainya. Apabila semuanya diniatkan untuk Allah maka perbuatan tersebut akan diberkati dan dibuka segala pintu kebaikan dan rezeki dengan tidak disangka-sangka oleh kita.

Orang yang tidak berniat kerana Allah dalam segala urusan hidupnya maka merekalah orang yang paling rugi kerana kejahilannya dan kecuaiannya. Mereka hanya mencela diri mereka sendiri. Rasulullah saw bersabda di dalam hadis sahih:

إنك لن تعمل عملاً تبتغي فيه وجه الله إلا أجرت عليه، حتى ما تجعله في فيّ امرأتك
"Sesungguhnya engkau tidak melakukan amalan yang engkau niatkan kerananya semata-mata kerana Allah, melainkan engkau akan diberi pahala sehingga termasuk juga rezeki yang engkau suapkan kepada isterimu"
(Al-Bukhari)


Petikan dari buku 'Mencari Ganjaran Pahala Dalam Kehidupan',karangan Ustaz Zukarnain bin Dollah.

23 November 2008

Zaqaziq....

Alhamdulillah...Penulis sekali lagi dapat menjejakkan kaki ke bumi Zaqaziq di muhafazah Syarqiyyah setelah penulis congak hampir kira-kira 2 tahun lalu kali terakhir sampai di sini.Itupun pergi tak sempat bermalam.Bersama teman exco ketika itu, Nik Taufik serta musyrif, Abd Manaf kami menempah uniform untuk AJKT KPT 06/07.Bertolak selepas Maghrib dari Kaherah,terus pulang kembali pada malam itu juga.Kebetulan musim sejuk.Malam agak panjang.

Tapi kali ini,penulis berkesempatan sekali lagi untuk ke Zaqaziq dan bermalam di sana.Itupun bukannya berziarah semata.Ada sedikit urusan.Kebetulan pula,teman blogger d'udin pun berkeinginan ke sana.Itupun kes ada sepupu di Zaqaziq,Faiz yang baru berada di tahun pertama Kuliah Perubatan.Kalau tidak ,bukan senang si 'udin ni nak ke mana-mana.

Emmm...menurut musyrif kami di sini,tiada pun tempat menarik di sini.Fakta ini disokong oleh beberapa temannya hatta Faiz sendiri pun kata macam tu.Tapi penulis berfikir,alang-alang dah sampai,takkan nak melepak kat rumah aje.Lagipun paling kurang setiap tempat pasti ada keistimewaannya tersendiri.Begitulah yang penulis fikirkan.

Kami ambil keputusan untuk keluar bersiar-siar sekitar bandar Zaqaziq.Keistimewaan pertama yang penulis boleh ungkapkan,bandar ini dihiasi dengan aliran sungai di tengah-tengahnya.Walaupun kurang lebar,tapi menarik.Setiap yang datang ke sini,pasti akan melewati,menyusuri atau melalui sungai ini.

Masjid Fatah
Di samping itu,terdapat sebuah masjid besar yang lokasinya berhampiran sungai dan persimpangan jalan.Namanya Masjid Fatah.Menurut kata musyrif kami,masjid ini dibina hasil pembiayaan atau sumbangan seorang bekas penyanyi Mesir yang telah insaf.Semoga Allah memberkati sumbangan beliau ini.

Inilah antara tempat-tempat yang sempat penulis dan rakan berziarah.Kesimpulannya,apa yang penulis ingin lontarkan di sini,keistimewaan setiap tempat di mana-mana sekalipun bukan bergantung dengan adanya tempat-tempat menarik dan cantik semata.Keramahan penduduk,kemeriahan suasana Islamik,nyamannya udara adalah antara faktor yang perlu diambilkira juga untuk menilai.
Sekian.
Bersama Udin dan Faiz
Teman Serumah Faiz
Kedai Kain
emm...?
p/s- Penulis teringat rupanya tahun lepas penulis sempat juga singgah sebentar di Zaqaziq.Kebetulan AJKT KPT anjur ziarah ahli bersalin(zaujah Us Roslan)di Tafahna Asyraf.
Sorry...:D

21 November 2008

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya...Amin

19 November 2008

Selamat Berkhidmat......

Selamat pulang buat rakan-rakan seperjuangan yang pulang lebih awal..Mudah-mudahan kepulangan kita dapat memberi manfaat kepada masyarakat tidak kira di bidang mane sekalipun.Ya Allah...bantulah kami...

Najib...

Taufik...

Syed , Yusri & Saiful...

Nantikan kepulangan kami pula.InsyaAllah,kita sama-sama berkhidmat.

18 November 2008

'Eid Milad Sa'ieed

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selamat Ulangtahun kelahiran buat Adinda Nani.Moga Peluang hidup yang Allah kurniakan ini dipenuhi dengan pengabdian kepadaNya.

p/s - sorry,tak tau birthday ikut kelendar Hijrah...

17 November 2008

كتاب المعتمد في الفقه الشافعي


صدر عن دار القلم في دمشق «كتاب المعتمد في الفقه الشافعي» وهو من تأليف الأستاذ الدكتور محمد الزحيلي عميد كلية الشريعة والدراسات الإسلامية في جامعة الشارقة
والكتاب في خمس مجلدات، اعتمد المؤلف فيه على القول الراجح في المذهب وأحياناً يشير إلى القول المرجوح أو الضعيف، وخاصة إذا كان موافقاً للمذاهب الأخرى، وكذلك بيَّن الأدلة للأحكام الفقهية في المذهب الشافعي لأن المجتهد لا يقول قولاً إلا إذا كان معتمداً على دليل وكذلك عزا المؤلف الآيات الكريمة، وخرّج الأحاديث تخريجاً مختصراً بعزوها إلى كتب السنة المطبوعة، والاكتفاء بذلك إذا وردت في الصحيحين أو أحدهما، وأثبت المصادر والمراجع في الحاشية، ومن الأشياء المهمة في هذا الكتاب أنه أشار للحكم الفقهي الشائع والمنتشر بين الناس من المذاهب الأخرى. وقد ركز المؤلف على المسائل الفقهية التي يكثر وقوعها وأغفل المسائل التي يندر وقوعها أو التي لم تعد مستعملة في زماننا اليوم كأحكام الرقيق والعبيد مثلاً.
ورابطة علماء سورية تشكر المؤلف على هذا الجهد العلمي الكبير والعمل الجليل، وتدعو طلبة العلم إلى الاستفادة من هذا الكتاب النافع القيم.

نبذة مختصرة: المعتمد في الفقه الشافعي

المؤلف : الدكتور محمد الزحيلي عميد كلية الشريعة والدراسات الإسلامية جامعة الشارقة

الأجزاء : خمسة أجزاء

الغلاف : مجلد

بلد الناشر: سوريا

التخصص: الفقه

دار النشر: دار القلم - دمشق



14 November 2008

HAJJATUL WADA (HAJI SELAMAT TINGGAL)

Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar Rasulullah s.a.w. akan mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka berbondong-bondong datang dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab untuk sama-sama mengerjakan haji hinggakan bilangan mereka (mengikut sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 114 ribu orang. Kami anggap bilangan ini adalah bilangan anggaran. Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh dihitung dan ditentukan bilangan seramai itu?

Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur. Setiap penuntut wajib menghafalnya kerana ia mengandungi pengisytiharan prinsip-prinsip umum Islam, la juga merupakan khutbah terakhir Baginda. Di dalamnya terkandung:

"Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.).
Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali
dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya.
Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu.
Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnyapada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar1 yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban.
Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu bend (sama ada lelaki mahupun wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak boleh...(maaf tiada maklumat)
Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.
Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya.
Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik
saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itu,jangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?"



Perkara pertama yang menarik perhatian dalam peristiwa Hajjatul Wada ialah kehadiran manusia yang begitu ramai bersama Rasul s.a.w.. Mereka datang dari segenap pelusuk semenanjung tanah Arab. Mereka beriman dengan Baginda, membenarkan risalahnya serta patuh kepada arahan-nya. Sedangkan 23 tahun sebelum itu, mereka semuanya berpegang kepada keberhalaan dan syirik. Mereka mengingkari prinsip-prinsip risalah Baginda dan merasa pelik dengan seruan tauhid yang disampaikan oleh Baginda. Mereka juga menjauhkan diri daripada kritikan Baginda terhadap nenek moyang mereka yang menyembah berhala, juga hujah Baginda memperbodohkan khayalan mereka. Bahkan ramai antara mereka yang menentang dan menunggu-nunggu masa untuk bertindak kepada Baginda. Bahkan mereka merancang untuk membunuh, mempersiapkan angkatan untuk menyerang dan bertarung dengan Baginda menggunakan pedang juga lembing. Bagaimanakah revolusi perubahan yang mengkagumkan ini berlaku dalam tempoh sesingkat ini? Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. dapat menukar kelompok manusia yang ramai ini daripada pegangan keberhalaan, jahiliah, kerosakan dan perpecahan kepada mentauhidkan Allah, mengenali zat dan sifat-Nya, bersatu padu dan mempunyai satu objektif juga matlamat? Bagaimana mereka boleh mencintai Baginda sedangkan sebelum ini mereka memusuhi, kuat menentang dan terus bertelingkah dengan Baginda? Seorang manusia, walau sepintar, selicik dan sehebat mana peribadinya, adalah mustahil dia mampu mencapai perubahan ini dalam masa ratusan tahun. Kita tidak pernah mendengar fenomena sebegini pada umat terdahulu mahupun kini. Perubahan ini pasti disebabkan oleh kebenaran risalah, sokongan langit, pertolongan Allah dan mukjizat agama yang syumul lagi sempurna. Agama ini dijadikan sebagai penyempur-naan nikmat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan penutup risalah-Nya kepada manusia. Allah menghendaki agama ini berperanan menghentikan kesengsaraan umat yang sesat di celah lorong-lorong kehidupan, juga yang hina kerana hawa nafsu dan sentimen 'asobiyyah. Dia juga mahu menunjukkan mereka jalan hidayah dan membuka mata mereka kepada cahaya kebenaran. Dia ingin melantik mereka sebagai pemimpin bangsa-bangsa dan perubah perjalanan sejarah. Dia juga mahu mereka menghapuskan kehinaan manusia, seterusnya mewariskan kepada mereka, hikmah dan Kitab yang menjadi petunjuk dan peringatan kepada orang-orang yang berakal.
Seratus empat belas ribu orang manusia yang sebelumnya mendustai, memerangi, membenci dan memberontak terhadap Baginda, bertukar menjadi mereka yang mempercayai, mematuhi, mencintai dan mentaati Baginda. Semua itu dalam tempoh 23 tahun. Ini adalah perbuatan Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Maha suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Maha suci zat Rasul-Nya daripada apa yang dikatakan oleh para atheis.
Maha Suci Tuhan kamu, Tuhan Yang Maha Mulia daripada apa yang mereka sifatkan. Selamat ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Perkara kedua yang menarik perhatian dalam peristiwa hajjatul Wada ini ialah khutbah yang bertenaga lagi jitu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada semua manusia. Begitu juga dengan pengisytiharan prinsip-prinsip selepas sempurna risalah dan kepimpinan Baginda. la merupakan penegasan terhadap prinsip-prinsip yang diisytiharkan sejak permulaan dakwahnya. Iaitu ketika Baginda masih keseorangan, ditindas, sedikit dan lemah. la adalah prinsip yang tetap dan tidak berubah, sama ada ketika sedikit mahupun ramai, ketika perang mahupun aman, kalah mahupun menang, dunia menentang mahupun menerimanya, musuh kuat mahupun lemah. Sedangkan kita mengetahui terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin dunia, mereka yang berbolak balik ialam pegangan akidah dan prinsip.
Pegangan mereka bercanggah ketika lemah dan ketika kuat. Cara dan objektif mereka pula berubah-ubah. Mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka sembunyikan dalam diri. Mereka juga mengajak kepada perkara yang mereka tidak percayai. Mereka memakai pakaian pendeta ketika lemah dan kulit serigala ketika kuat. Fenomena ini adalah kerana mereka itu "rasul" kepada maslahat, sedangkan para Nabi adalah rasul kepada Allah. Amat jauh beza antara mereka yang mengerumuni bangkai busuk dengan mereka yang berenang dalam lautan cahaya petunjuk. Begitu juga terlalu jauh beza mereka yang bekerja untuk diri sendiri dengan mereka yang bekerja untuk kemanusiaan. Juga amat jauh beza antara penyokong-penyokong syaitan dengan penyokong-penyokong Tuhan ar-Rahman.
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya..

HUKUM WANITA SOLAT DI RUMAH

SOALAN:
Bolehkah seorang lelaki meminta isterinya supaya bersolat di rumah tanpa pergi ke masjid?

JAWAPAN:
Solat berjemaah di masjid adalah lebih afdhal dari solat di rumah bagi golongan lelaki. Bagi golongan wanita solat di rumah lebih afdhal. Berkata Syeikh Al-Marsafi dalam komentarnya terhadap kitab Manhaj at-Tullab ( fiqh Syafie ) :
Solat berjemaah di masjid walaupun dalam bilangan yang sedikit adalah lebih afdhal dari tempat-tempat lain bagi lelaki dan kanak-kanak, dan bagi golongan wanita dan khunsa di rumah adalah lebih afdhal. Sabda Rasulullah SAW:
أفضل صلاة المرء في بيته إلا المكتوبة أي فهي في المسجد أفضل وقال لا تمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن

Maksudnya:
“ Seafdhal-afdhal solat seseorang ialah di rumah kecuali bagi solat fardhu, ia lebih afdhal dilakukan di masjid. Dan janganlah kamu menghalang isteri-isteri kamu dari mengunjungi masjid, solat mereka di rumah adalah lebih baik bagi mereka”
( Hadis Riwayat Abu Daud, di sahihkan oleh Al-Hakim dengan syarat Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Al-Bujairimi dalam Hasyiah beliau sebagai komentar hadis di atas:

“Sekiranya dalam hadis di atas menyebut solat para wanita di rumah adalah lebih baik, maka sudah tentu ia bermaksud tiada larangan untuk mereka solat di masjid. Larangan yang dimaksudkan bukannya larangan haram atau larangan secara pasti, sebaliknya larangan para wanita solat di masjid khusus bagi mereka yang boleh mendatangkan syahwat dan fitnah terhadap lelaki. Solat di masjid adalah elok bagi wanita akan tetapi solat di rumah adalah lebih elok untuk mengelakkan berlakunya fitnah ketika keluar rumah….”

Oleh yang demikian tiada halangan bagi suami untuk meminta isterinya solat di rumah kerana seorang isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang tidak menyalahi syariat.

Petikan dari sebahagian Fatwa Syeikh Ali Jumaah

06 November 2008

Hukum Membuat Pinjaman Wang Atau Berhutang Untuk Menunaikan ‘Ibadah Haji.


Soalan : Adakah dibolehkan seseorang mukallaf yang ‘aqil baligh untuk meminjam wang@berhutang dengan individu tertentu semata-mata untuk menunaikan ibadah fardhu haji?

Jawapan : Sesungguhnya antara keistimewaan Syariah Islam ialah ianya tertegak atau didirikan atas dasar memudahkan dan mengangkat(menghilangkan) kesusahan.Di antara dalilnya :
يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر )) البقرة / 185 ))
Maksudnya : Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesusahan(kesukaran) bagimu.

وما جعل عليكم فى الدين من حرج )) الحخ / 78 ))
Maksudnya : Dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.

Mafhum dari 2 ayat di atas iaitu Allah swt tidak meFardhukan@mewajibkan ke atas kamu sesuatu yang membawa kepada kesempitan dan kesulitan.

Berkaitan dengan kefardhuan Haji,sesungguhnya alQuran telah menerangkan dengan jelas bagi mereka yang diwajibkan menunaikan Haji :

ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا )) آل عمران / 97 ))
Maksudnya : Mengerjakan Haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah

Mafhum dari ayat ini bahawasanya Allah telah mewajibkan ke atas hamba-hambanya supaya menunaikan Haji di Rumah-Nya(Baitullah)pada waktu-waktu tertentu dan dengan cara-cara(kaifiat) yang telah dikhususkan setelah mana mereka berada dalam keadaan yang mampu dari segi harta dan fizikal.Sesungguhnya Nabi S.A.W telah mentafsirkan maksud kemampuan ini(Qudrah) ialah dengan memiliki bekalan dan kenderaan untuk menunaikan Haji.
Maka diriwayatkan dari Saidina Anas r.a bahawa beliau telah berkata :
Bahawa Nabi S.A.W. telah ditanya apakah maksud sabil (سبيل) iaitu yang disebutkan dalam ayat :
(( من استطاع إليه سبيلا ))
Maka bersabda Nabi S.A.W. : Bekalan (yang mencukupi) dan kenderaan.

Iaitu mereka yang memiliki harta yang mencukupi untuk keperluan asas yang penting dan keperluan yang merangkumi sepanjang tempoh perjalanan pergi balik ke Mekah,tempoh sepanjang berada di Mekah menunaikan ibadah Haji dan mencukupi keperluan makan minum serta perjalanannya selama menunaikan Haji.

Imam alBaihaqi telah meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa bahawa beliau telah berkata : Aku telah bertanya Rasulullah S.A.W.berkenaan seorang lelaki yang belum menunaikan haji,adakah boleh dia meminjam untuk menunaikan Haji? Nabi S.A.W menjawab : Tidak.
Sesungguhnya para Fuqaha’ telah mengambil hadis ini(sebagai istinbat hukum) bahawasanya tidak seharusnya bagi seseorang muslim untuk berhutang semata-mata untuk membolehkan dia menunaikan Haji kerana Allah s.w.t telah berfirman :
لا يكلف الله نفسا إلاّ وسعها )) البقرة / 286 ))
Maksudnya : Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Oleh demikian itu ,kami menasihati setiap individu muslim dan muslimah agar tidak berhutang sama ada untuk menunaikan Haji atau atas segala tujuan yang lain pun melainkan dalam keadaan darurat(terpaksa)untuk menutup atau menampung sesesuatu yang berkaitan dengan kehidupan manusia.Sebagaimana kami menasihati mereka yang sanggup menjatuhkan airmuka untuk berhaji menggunakan nafqah atau keperluan orang lain(berhutang) supaya menjauhi perkara tersebut kerana yang demikian itu menafikan kemuliaan akhlak.
Walau bagaimanapun,sesungguhnya para fuqaha’ telah berkata bahawa walau seseorang itu meminjam wang untuk menunaikan haji,sesungguhnya ibadah Hajinya diterima dan gugur kefardhuan haji mereka dengan cara meminjam itu.Maka sesungguhnya seluruh amalan itu berdasarkan niat,dan setiap seseorang itu atas apa yang telah dia niatkan.Dan kita memohon kepada Allah swt agar menambahkan bagi kita taqwa,hidayah dan kekayaan.

-Petikan daripada sisipan Majalah Al-Azhar bulan DzulQaedah 1429 oleh Dr Muhammad Sayyid Tantawi,SyeikhulAzhar.