21 Jun 2009

'Ayah dan Ibu...'

Kehidupan di tanah air sendiri sememangnya berbeza berbanding kehidupan di negara orang.Lebih-lebih lagi jika hidup di ‘oversea’ sebagai status pelajar kemudian pulang ke tanah air sama ada bercuti atau sebagai graduan.Saya tidak berminat untuk menfokuskan apakah bidang yang dipelajari di ‘oversea’ itu kerana ia bukan topik utama untuk dibicarakan di sini tapi lebih mengaitkan suasana di tanah air.

Sememangnya kepulangan ke tanah air amat-amat dinantikan oleh sebahagian besar pelajar luar negara kerana selain dapat bercuti dari sebarang pengajian,apa yang paling penting adalh dapat melepaskan rindu untuk bersua kembali dengan ahli keluarga.

Apa kaitannya dengan tua?

Setiap pelajar@student pulangnya pasti akan tinggal bersama keluarga masing-masing termasuk orang tua mereka.Kenapa dipanggil orang tua?tidak dipangil ibu bapa?kita kena memahami bahawa ibu bapa mereka pastinya berbeza usianya antara satu sama lain.Ada yang ibu bapanya berusia di umur pertengahan dan ada yang berada di penghujung usia dan kebiasaannya mempunyai penyakit yang akan kekal ke akhir hayat ataupun mempunyai datuk dan nenek yang mungkin tinggal bersama.Ironinya,tua yang dimaksudkan adalah dalam pelbagai tafsiran.Tidak perlu dijelaskan di sini kerana kita semua mampu berfikir.

Walau bagaimanapun,apa yang saya ingin seru di sini adalah sebagai anak yang terpelajar,tidak kira berapa umur mereka,sesungguhnya bakti dan khidmat kita amat penting untuk ditabur kepada mereka.Tempoh bagi mereka yang bercuti mungkin tidak lama.Oleh itu,gunalah waktu yang ada dengan sebetulnya.Ingatlah,khidmat kita amat berharga kerana ia boleh dianggap sebagai kredit untuk kita kerana perlu diingat jika dipanjangkan umur,kita semua pun akan mengalami alam di usia senja sebelum kita bertemu Allah yang Maha Kuasa.Pada masa itu,anak-anak kita pula yang berperanan memberi khidmat untuk kita.Dan belum tentu Allah akan bagi peluang untuk kita berkhidmat buat orang tua untuk kepulangan akan datang.

Saya teringat kepulangan saya kali lepas iaitu pada tahun 2007,saya berkesempatan berbakti buat almarhum datuk saya,Hj Mohamed b Abd Rahman dan sesungguhnya syukur buat Allah kerana memberi peluang untuk berkhidmat buatnya untuk kali terakhir kerana Allah telah menjemput beliau pada tanggal hari Selasa,4 September 2007. Al-fatihah buat beliau.

Pulang sebagai graduan

Bagi mereka yang pulang sebagai graduan,mungkin perancangan agak berbeza berbanding mereka yang pulang bercuti. Ada yang mahu mencari pekerjaan yang sesuai,menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi ataupun ada yang merancang untuk berkahwin(bagi yang masih bujang la…).Walau apapun perancangannya,restu dan keizinan orang tua amatlah penting terutamanya ibu.Jangan cepat melenting jika perancangan asal kita ditentang orang tua.Mereka perlu diberi penerangan sejelasnya agar mereka memahami kehendak dan tujuan kita kemudian barulah mereka boleh menilai baik buruknya.Paling penting jangan lupa minta petunjuk dan pertolongan Allah.

Restu dan izin orang tua amat penting

Satu hal yang saya rasa amat mustahak untuk dikemukakan di sini adalah perancangan berbentuk kebajikan orang tua kita pada masa akan datang.Jika kita mempunyai abang atau kakak kandung,cuba halusi perancangan mereka buat ibu bapa kita akan datang.Jika mereka bersedia untuk bertanggungjawab,Alhamdulillah mereka sedar dan seharusnya kita yang di peringkat adik ini perlu juga bersedia untuk kebajikan mereka.

Jika kita pula sebagai abang atau kakak,sesungguhnya kebajikan orang tua kita akan datang sehinggalah akhir hayat mereka saya tegaskan di sini,perlu dimasukkan dalam perancangan masa depan kita.Pada masa yag sama,adik-adik perlu sentiasa diperingat akan tanggungjawab ini.Saya tidak bermaksud bahawa adik-beradik yang lebih tua perlu bertanggungjawab sepenuhnya,tetapi anak-anak kesemuanya mempunyai tanggungjawab yang sama.Cuma yang paling berperanan utama adalah anak-anak lelaki kerana mereka apabila mereka berkeluarga kelak,mereka berkuasa penuh untuk urusan keluarga mereka berbanding anak-anak perempuan yang sememangnya di bawah kuasa suaminya.Anak-anak perempuan dalam memberi khidmat kepada ibu bapa kandung mereka masih tertakhluk kepada ‘kuasa’ keizinan suami masing-masing.Jangan membelakangi suami walaupun ia berkaitan urusan ibu bapa kandung mereka kerana mereka awal-awal lagi telah 'diserahkan' kepada suami melainkan dalam keadaan darurat.

Anak-anak disarankan belajar seumpama mereka

Sebelum saya mengakhiri posting kali ini,sekali lagi saya ingin mengingatkan semua terutama diri saya sendiri agar sentiasa beringat bahawa orang tua kita sesungguhnya aset paling penting dalam kehidupan kita.Akhir-akhir ini ramai di kalangan ibu bapa di akhir usia mereka hanya tinggal berdua lebih-lebih lagi apabila mereka dah terlalu uzur dan seringkali sakit.Kita sebagai generasi muda seharusnya sedar akan hal ini dan merancanglah untuk kepentingan mereka.Terpulanglah bagaimana perancangannya asalkan ibu bapa berada dalam perhatian anak-anak seumpama mereka memberi perhatian untuk kita pada waktu kecil.Dan sekali lagi saya tegaskan anak-anak lelaki lebih bertanggungjawab dalam hal ini.!!Wallahu a’lam bissowaab…

*Posting ini lebih berpandukan kepada idea,pemerhatian dan pengalaman penulis sendiri.Mungkin di sini,terdapat yang salah atau kurang tepat yang perlu diperbetulkan…

10 Jun 2009

Re-Union Thanawi 1 2000

Perkarangan Surau SMAASZA

Berhampiran Masjid Terapung

<<>>

Thanawi 2A

Thanawi 2B

09 Jun 2009

Takziah...

Al-fatihah buat almarhum Us Wan Mohd Salimi b Wan Sulong yang telah ke Rahmatullah serta takziah buat keluarga beliau.InsyaAllah solat jenazah jam 10 pagi esok,9/6/2009 (waktu Malaysia).





Sekitar majlis pengebumian Al-marhum di Permaisuri,Setiu...

.:maklumat berkaitan::.

08 Jun 2009

Penahafiy?

Semenjak kemunculan blog ini,ramai kawan-kawan penulis tertanya-tanya kenapa blog ini dinamakan sedemikian.Terutamanya apakah kaitan 'hafiy' dengan 'pena'.

Sebenarnya perkataan 'hafiy' berasal daripada nama kepada anak sulung kepada sepupu penulis iaitu Wan Ikram Hafiy bin Wan Khairuddin.Dilahirkan pada 29/6/2008 di Kuala Terengganu.Jadi kalau dicongak,kira-kira tinggal 3 minggu lagi untuk mencapai setahun.

Rentetan itu,penulis dan sepupu merancang untuk menulis 'sesuatu bahan yang boleh dibaca umum'(buku la tu).Tetapi,penulis terfikir sejenak dan mula berasa agak keberatan kerana kekurangan ilmu dan dan bakat dalam penulisan.So,sebagai permulaan,penulis mencadangkan supaya kitaorang bermula sebagai penulis blog dan sepakat memilih nama 'penahafiy' sebagai nama blog kami.Dalam masa sebulan,sepupu penulis terpaksa menarik diri dek kesibukan waktu sebagai guru di sekolah dan sebagai 'pengasuh' di rumah.

Berbalik kepada kisah Wan Ikram Hafiy.Sebenarnya penulis tidak berkesempatan ketika hari kelahirannya kerana penulis masih lagi berada di Mesir.Semenjak kelahirannya sehinggalah kepulangan penulis ke Malaysia, hanya teknologi yang mempertemukan kami.Medium terbaik adalah dengan menggunakan perisian skype.Sekarang musim cuti sekolah.Budak yang penulis panggil Ikram ni(bukan Hafiy)pun turut pulang bercuti bersama ibu bapanya.Maka makin dekat dan rapatlah kami untuk 'bergurau senda'.Apatah lagi dah tak sampai setahun,si Ikram ini dah pandai berjalan.!:D

So,begitulah serba sedikit asal usul nama blog ini dipilih dan siapa si 'hafiy' tu.Berikut adalah beberapa gambar Wan Ikram Hafiy...







Khusyuk menonton kartun di tv

Gambar ayahnya masa kecil

Saat mula boleh berjalan

'بارك الله لكما...إلخ'

Tahniah buat sahabat, Mohd Shahrir bin Abdullah@Ust Porr yang telah selamat diijabkabulkan pada 6/6/2009 dengan pasangan pilihannya.

Dan tiada doa yang terbaik melainkan sepertimana yang diucapkan oleh Nabi S.A.W :

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينمكا في الخير

Bersama pengantin dan zaujahnya

04 Jun 2009

ولائم العروس

Jemputan Kahwin pada cuti Sekolah ini :

5/6/2009 - ADNAN IBRAHIM ,Setiu.

7/6/2009 - AHMAD FAUZI ALIAS(Pozi), Dungun.

8/6/2009 - MOHD SHAHRIR ABDULLAH(Ust Porr), Kg Bukit Chempaka

12/6/2009 - MOHD SYATIR TALIB(Mat Tir), Kg Padang Nenas.maklumat lanjut.